Resepi Tom Yam Simple Tanpa Akar Ketumbar
Macam tajuk dia ye sis nak ajar cara masak tom yam tanpa akar ketumbar.Alasan sis takde ajar ketumbar dalam resipi adalah kerana family sis tak suka bau ketumbar tu apatah lagi rasa dia...so dekat dalam rumah ni memang sangatlah jarang ada ketumbar kecuali serbuk ketumbar tu ada dekat rumah sis.Sorrylah gambar takde tak sempat nak ambik gambar.Gambar paste tom yam yg sis guna adalah.
![]() |
| Haa nilah brand tom yam yg sis guna.Kalau nak try rasa korang belilah |
Bahan-bahan:
1. Paste tom yam.
2. 1 batang serai yang diketuk.
3. Daun limau purut.
4. 3 biji cili padi.(klu nak pedas letak lebih).
5. Ayam yang dipotong kecik dan udang (atau apa2 seafood yg korang nak) 6.Sayuran(kentang,carrot,cendawan,tomato dan sbgnya)(ikutlah sayur apa yg korang nak letak).
7.Sos ikan dan jus limau atau lemon.
9. Garam.
10. Bawang besar potong 4
Cara-cara:
1.Letakkan air dalam jumlah yang dikehendaki ke dalam periuk dan campak carrot dan kentang dalam periuk.Biarkan mendidih.
2.Selepas mendidih letakkan paste tom yam,serai daun limau purut dan cili padi ke dalam periuk.
3.Sementara menunggu kentang empuk perasakan dengan garam,sos ikan dan jus limau.
4.Selepas kentang empuk masukkan udang,tomato,cendawan dan bawang besar.
5.Biarkan mendidih seketika dan tutup api.Siap!!!

Comments
Post a Comment