Resepi Kari Ayam Tanpa Santan
Okay harini sis nak share resepi kari ayam tanpa santan sebab sis malas nak keluar beli.So,kita pakai jelah barang yang ada kat rumah untuk masak. Bahan-bahan: 1. rempah kari ayam (kena letak banyak sikit sebab tak letak santan) 2. 4 sekawan 3. bawang merah,bawang putih dan halia(hiris) 4. kentang 5. air 6. ayam 7. daun kari Cara-cara: 1.Bancuhkan rempah kari ayam menggunakan air sehingga menjadi paste (jgn letak air banyak sangat).Ketepikan. 2.Tuangkan minyak ke dalam periuk dan letakkan 4 sekawan,bawang merah,bawang putih,halia dan daun kari sehingga naik bau. 3.Tuangkan paste ke dalam periuk dan masak sehingga pecah minyak dan letakkan sedikit air supaya paste yang sudah pecah minyak tidak terlalu pekat. 4.letakkan kentang dan ayam ke dalam periuk dan biarkan dalam 30 saat.Selepas itu letakkan air mengikut kepekatan yang anda suka. 5.Perasakan dengan garam dan tunggu sehingga kentang sudah empuk dan ayam sudah masak.Siap!!