Life in matriculation college

Berdasarkan tajuk di atas,korang mesti dapat tangkap aku nak cerita tentang apa kan.....ye,aku nak cerita pasal kehidupan aku dekat matriks.

Apa yang aku boleh cakap pasal matriks ni ialah best masuk sini,aku recommend walaupun ada jugak dugaan-dugaan dia tapi korang mesti tak menyesal punya.

Matriks yg aku masuk ni dikelilingi ladang kelapa sawit dan food panda tak lepas masuk sebab dalam sangat agaknya....tapi kalau korang kaya orderlah grab.Matriks aku ni jugak telah viral disebabkan beberapa peristiwa..... peristiwa apa korang teka sendiri.Dapat teka tak,kalau tak takpe-takpe aku bagitau....aku study dekat matriks Perak aka KMPk,hohohoho mesti dah dapat agak kan.Ohh,dekat matriks aku jugak ada pemandangan yang cantik gila(aku ada sertakan gambar)







Lecturer-lecturer dekat matriks seriously terbaik....ia ibarat kau still lagi dekat sekolah tapi up sikit dari sekolah....korang tak faham kan maksud aku....takpe-takpe,nanti kalau korang masuk mesti korang faham....best,best jugak tapi bila masuk tang assignment tu pening....pening bukan sebab apa....tapi sebab assignment punya due date dekat-dekat tarikhnya....so,waktu tu memang waktu yg paling stress bagi akulah sebab aku jenis buat kerja last minute....so,nasihat aku kalau ada assignment buatlah awal-awal dan jangan tangguh.

Pasal makanan dia...bagi aku semua kafe okay je makanan dia....ada pasang surut.....kadang-kadang sedap gila.... kadang-kadang terlebih masin dan sebagainya....jadi aku hanya makan   dengan hati terbuka sebab aku dah bayar kan...maleh aku nak pergi dekat kaunter pergi comment pasal makanan....tapi kalau korang rajin+berani korang pergilah.

Aku rasa setakat ni je dulu aku kongsi....kalau korang ada apa-apa soalan korang boleh comment...nanti bila aku free aku jawab.😄😄

Comments